Blog kongsi info tempat menarik,petua melancong,panduan perjalanan dari pelbagai sumber untuk percutian anda.
Memaparkan catatan dengan label Kuala Terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuala Terengganu. Papar semua catatan
05 Julai 2010
Masjid Kristal
Sekiranya anda berkunjung ke Negeri Terengganu Darul Iman , jangan lupa singgah di Masjid Kristal, Pulau Wan Man Kuala Terengganu.Saksikan keindahan seni bina masjid yang diperbuat daripada kaca.
24 Disember 2009
Kuala Terengganu
Musim tengkujuh belum berakhir.Walaupun hajat anda untuk bermandi-manda dan bercanda di pantai Terengganu yang bersih ,indah dan menarik tak kesampaian , namun Terengganu sebenarnya menjanjikan percutian yang menarik buat anda sekeluarga.Kenapa anda tidak membawa keluarga ke Muzium Losong yang terbesar di Asia Tenggara , terletak di Losong,atau ke Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man.Menariknya destinasi anda ke Pulau Wan Man melalui Muzium Losong.Kalau anda teringin kuih tradisional Melayu singgah saja di Pasar Payang atau ke Bazar Warisan yang terletak bersebelahan Pasar Payang.Bagi anda yang ingin bersolat singgah saja di Masjid Terapung Kuala Ibai sambil menikmati keindahan hasil kesenian arkitek Islam.Buat anda yang gemarkan batik kunjung Noor Arfa Batik di Chendering , Marang untuk melihat sendiri bagaimana batik dihasilkan sambil membeli-belah barangan berasaskan batik.
Langgan:
Catatan (Atom)