Anda ingin membeli -belah pelbagai jenis barang di waktu malam hingga ke dinihari dengan harga murah dan berpatutan ? Jangan lupa singgah di Pasar Wakaf Che Yeh ,Kota Bharu Kelantan.Lokasinya bersebelahan jalan utama Kota Bharu -Kuala Krai menjanjikan syurga membeli-belah yang pasti mengingatkan anda tentang pelbagai barangan yang boleh dibeli di sini.Kalau anda penat dan ingin menginap di sekitar Pasar Borong Wakaf Che Yeh , menginaplah di Ombak Inn, hotel yang selesa dan murah harganya.Kalau anda kehabisan wang poket serta ingin mengeluarkan wang simpanan ,CIMB bank terletak bersebelahan Pasar Borong Wakaf Che Yeh.
Blog kongsi info tempat menarik,petua melancong,panduan perjalanan dari pelbagai sumber untuk percutian anda.
Memaparkan catatan dengan label Kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelantan. Papar semua catatan
21 November 2010
30 Julai 2010
Pasar Besar Siti Khadijah
Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.
Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga .
Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya.
Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.
01 Julai 2010
Royal Guest House Kota Bharu
Istana Jahar
Anda ingin menginap di lokasi strategik Bandaraya Islam Kota Bharu , bersebelahan Istana Jahar, di belakang Masjid Muhammadi
dan Kompleks Seni Budaya Dan Kraft. Jangan lepaskan peluang menginap di Royal Guest House. Klik SINI untuk ketahui harga bilik.
Langgan:
Catatan (Atom)