Memaparkan catatan dengan label Dungun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dungun. Papar semua catatan

21 Januari 2023

Hotel UiTM Dungun


Bagi anda yang inginkan suasana tepi pantai,Hotel UiTM Dungun adalah antara hotel terbaik di Dungun. Nikmati percutian ,urusan keluarga  atau urusan bisnes anda di sini.


Klik gambar untuk keterangan lanjut.

04 Januari 2019

Mak Wan Mee Champa viral Dungun

Kalau anda singgah di Bandar Dungun. Bestjomjalan mengajak anda mencuba Mee Sup Champa resipi Mak Wan.


Mee Sup Daging Melayu Campa

Jalan Gong Pasir - Balai Besar/T116

23000 Dungun, Terengganu

Sila google lokasi kedai

14 November 2018

Makan Ikan Kerisi Goreng Fresh


kalau berkunjung ke Paka, Dungun Terengganu, nak makan tengah hari di mana ? Jomjalan2 cadangkan anda makan di warung Kak Zie Tanjung Kuala Paka.Anda nak rasa Kerisi Goreng segar. Jom makan tengah hari di sana. Lokasi ? Berhampiran Pasar Besar Paka dan kompleks Perikanan Paka.

Warung Tanjung Zie, 23100 Paka, Terengganu

Pada waktu malam pula anda boleh menikmati nasi goreng sotong di sini.

Sila klik pautan di bawah untuk dapatkan lokasi kedai

👇

11 September 2018

Tempat Makan Best D' Arianna Dungun

Jom jalan2. Anda singgah di Dungun. Tercari-cari kedai untuk makan tengah hari.  Nak makan di mana? Jom makan tengah hari D'arianna. Pelbagai jenis lauk pauk pembuka selera anda. Lokasinya yang strategik. di tepi pantai , Jalan pantai. Sila klik  ARIANNA untuk dapatkan lokasi kedai. Sambil makan2 kita boleh nikmati pemandangan Laut China Selatan. Jom makan2.

07 Oktober 2017

18 Julai 2010

Tasik Puteri Bukit Besi

Sebuah tasik tinggalan zaman emas perlombongan bijih besi.


Nikmati suasana santai di sini sambil memancing Toman, satu-satunya spesies yang boleh tinggal di sini kerana airnya yang kaya dengan sulfur.

Makam Sultan Yahya Siak Dungun

Kepada pencinta dan pengkaji sejarah, sambil anda berjalan-jalan menikmati keindahan Pantai Teluk Bidara dan Tanjung Jara ,Dungun yang cantik dan indah,jangan lupa berkunjung ke Makam Sultan Yahya Siak yang terletak di Kampung Che Lijah Dungun.Lokasinya berhampiran jalan besar Dungun-Bukit Besi dan mudah ditemui kerana pihak Muzium Negeri telah meletakkan papan tanda penunjuk arah ke makam tersebut.


Sedikit info tentang Makam Sultan Yahya Siak seperti yang tercatat pada batu marmar di hadapan makam.

"Baginda menaiki takhta kerajaan Siak selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Ismail pada Tahun 1782.Semasa pemerintahan beliau telah berlaku perebutan kuasa dengan Raja Alam.Melalui muslihatnya Raja Alam telah berjaya merampas takhta dari Sultan Yahya.Baginda cuma sempat memerintah selama 2 tahun.Oleh itu Sultan Yahya telah berundur ke Kertih kemudian ke Tanjung Pati , Dungun Terengganu.Baginda telah mangkat di Dungun dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Che Lijah , Dungun Terengganu pada tahun 1784.
Maklumat lanjut tentang Makam , anda boleh layari blog jejakmihrab atau MuseumTerengganu

11 Julai 2010

Taman Tasik Tanjung Sura

Beriadah sambil menikmati keindahan alam semula jadi di Taman Tasik Tanjung Sura.Lokasinya bersebelahan UiTM dan Hotel UiTM Cawangan Dungun menjanjikan ketenangan buat anda sekeluarga.Nikmati suasana santai di pinggir laut.

14 Julai 2009

OYO 90116 Fbs Inn Damai Pantai Homestay-Dungun


OYO 90116 Fbs Inn Hotel, Dungun, Malaysia dulu dikenali dengan nama Damai Pantai Homestay Dungun.

Kalau anda mencari penginapan budget....yang sesuai dengan kemampuan anda..jom singgah dan menginap di Fbs Inn (Damai Pantai Homestay) Dungun...lokasinya berhampiran pantai...tak jauh dari UiTM Dungun...sesuai untuk menginap musim  konvokesyen dan percutian anda sekeluarga...



Klik gambar untuk keterangan lanjut.