23 November 2012

Tembaga Terengganu

Anda peminat barangan kraftangan
yang diperbuat daripada tembaga.Terenggau ialah destinasi terbaik anda.Sekiranya anda berkunjung ke Pasar Payang sudah pasti anda menemui barangan yang diperbuat daripada tembaga.Pastikan anda membeli kraftangan buatan asli Tereengganu.Terdapat perbezaan antara tembaga buatan Terengganu dengan yang diimport dari Thailand.Antaranya Tembaga Terengganu berwarna kuning dan keputihan kerana mempunyai campuran bahan tembaga putih sementara tembaga Thailand lebih  ringan dan warnanya lebih kuning keperangan.Dari segi harganya pula  produk import lebih murah, namun begitu produk tembaga Terengganu masih menjadi pilihan pencinta produk kraf berikutan kualiti serta cara pembuatannya yang menepati cita rasa pelanggan.Anda boleh berkunjung ke Wanisma Crat  yang terletak di No. 32, Ladang Sekolah, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Tiada ulasan: