Musim cuti dah tiba.Anda nak bercuti di mana?.Di sini aku nak kongsi sedikit tip bercuti di Pulau Langkawi:
Pengangkutan – buat pilihan terbaik.Kalau anda dari KL lebih
baik naik flight.Air Asia lah yang terbaik.sebab tambang murah.Kalau anda naik
kereta sendiri anda perlu fikirkan kos ,minyak,tol ,sewa parking ,tambang bot
dan lain-lain.Tapi kalau anda dari Perak lebih baik naik kenderaan sendiri.Nak
kereta sewa?.Tak susahpun.Kat Airport langkawi ada syarikat kereta sewa yang
menawarkan kereta sewa dengan harga berpatutan.Tapi sendiri mau ingatlah.Berhati-hati
ketika proses tawar-menawar.Kadang-kala ada yang terkena.Mahal gila terutama
musim cuti sekolah.Jadi pandai-pandai la pilih.
Penginapan – Banyak
tempat penginapan .Bergantung kepada budget dan keselesaan anda.Jom semak senarai rating penginapan di TRIVAGO atau cuba survey penginapan di TRAVELOKA .
Makan di mana ? – Tempat paling best.Kedai makan Jom Ikan
Bakar.Lokasi ? Di Padang Mat Sirat.Berhampiran Beras terbakar. Tapi pastikan anda pergi
sebelah siang sahaja sebab kedai ni dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 5.30
petang saja. Anda juga boleh survey di saji.my untuk 10 tempat makan terbaik.
Beli-belah @ shopping ?
Banyak kedai yang menawarkan barangan yang menjadi idaman anda.Paling
top ialah Idaman Suri dan Haji Ismail Group.Banyak produk terbaru yang dijual
kat sini.Terutama buat kaum hawa@wanita.Tambah
koleksi pinggan -mangkuk yang dah sarat dalam almari kat rumah.Buat peminat
coklat,anda boleh pilih pelbagai jenis coklat.Cuma ingat sikit , pastikan
coklat yang kita beli tu ada logo halal.Kalau tak bak kata Nabil Lu Pikir La
Sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan