Kalau anda dalam perjalanan ke Kuala Terengganu atau Kota Bharu ,bestjomjalan cadangkan anda singgah di Zoo Mini Kemaman .Taman ini dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.Apa yang menarik di sini ? Antaranya :
1.Taman Tema Air - sesuai untuk anda yang membawa keluarga-melihat binatang sambil mandi-manda.
2.Jambatan Gantung - untuk anda menyaksikan panorama di Zoo
3.Taman Orkid- buat penggemar orkid.
4.Akuarium - Saksikan ikan Arapaima Gigas ( Naga) yang heboh diperkatakan menghuni Tasik Kenyir.
5.Menara Tinjau
6.Air Terjun
7.Pelbagai Spesies burung
8.Dusun buah-buahan - stau-satunya zoo yang memiliki dusun buah-buahan.
9.Taman herba- buat pengkaji dan peminat tumbuhan herba.
Terdapat juga kemudahan awam yang selesa untuk pengunjung.Antaranya :
1.Tandas awam
2.Wakaf-Pondok berehat
3.Surau.
4.Trek Pejalan Kaki.
5.Kiosk Makanan.
Berapa harga tiket untuk masuk ke zoo?
1. RM10 - Dewasa
2. RM7 - Kanak-kanak
3. RM5 - Murid Sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan