SUASANA sibuk yang mana orang ramai berminat untuk mengunjungi kaunter Resort World pada MATTA Fair yang diadakan pada tahun lalu.
KUALA LUMPUR - Bersempena Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) 2010 yang akan bermula Jumaat ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), anda tidak seharusnya melepaskan peluang mengunjungi kaunter Resorts World Genting.
Syarikat tersebut akan menyertai MATTA Fair 2010 dan juga di Dewan Leong Wan Chin di Ipoh, Perak.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam, pihaknya menawarkan pilihan pakej yang meluas dan promosi percutian yang menarik.
"Antara pakej yang ditawarkan ialah penginapan satu malam di bilik deluxe Hotel First World termasuk sarapan untuk dua orang pada harga serendah RM95 ataupun pakej yang sama tetapi memiliki tambahan dengan tawaran dua tiket Genting Outdoor Theme Park atau International Resident yang ditawarkan pada harga RM145 sahaja," katanya.
Turut ditawarkan pada pameran berkenaan ialah pakej penginapan satu malam di bilik superior Theme Park Hotel berserta sarapan untuk dua orang pada harga RM115.
Bagi penginapan di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort atau di Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort Terengganu pula ditawarkan masing-masing pada harga RM179 dan RM189 yang turut termasuk sarapan.
Sumber : Kosmo Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan