15 Julai 2009

Penyu Ma-Daerah


bestjomjalan

Sekiranya anda ingin melihat penyu mendarat dengan lebih dekat ,kini adalah sesuatu yang cukup sukar berikutan jumlah haiwan itu yang kini semakin diancam kepupusan.

Banyak faktor menyumbang kepada `keengganan' penyu untuk terus mendarat antaranya sikap manusia yang mencemari pantai, pembangunan pantai dan pulau yang tidak terancang serta perbuatan tangan manusia yang rakus terutama menjadikan telur penyu sebagai makanan eksotik hingga menyebabkan usaha memulihara haiwan itu menjadi sia-sia.

Tetapi walau apa pun alasannya, usaha untuk memastikan penyu terus hidup dan menjadi antara daya penarik di Terengganu khususnya dan Malaysia amnya perlu diteruskan bagi memastikan ia terus kekal dan dikenali generasi akan datang serta tidak menjadi bahan sejarah.

Bagi memastikan kesinambungan hidupan prasejarah itu berterusan, kerajaan melalui Jabatan Perikanan sudah mewujudkan beberapa kawasan untuk dijadikan santuari penyu bagi memastikan ia terus dipulihara dan tidak terus diancam kepupusan.

Pelbagai usaha dijalankan termasuklah melalui program gotong royong kawasan pantai berhampiran santuari bagi mewujudkan persekitaran yang selesa kepada penyu untuk terus mendarat dan bertelur di kawasan yang sudah digazetkan sebagai santuari.

Di Pusat Santuari Penyu Ma'Daerah misalnya, aktiviti gotong royong membersihkan kawasan pantai adalah satu antara cara yang digunakan untuk mendekatkan masyarakat dalam memupuk kesedaran memulihara dan memelihara persekitaran pantai yang memang menjadi lokasi penyu dari spesies Karah mendarat.Jom ke ma-Daerah ,kerteh Kemaman.

Tiada ulasan: