06 Julai 2009

Arapaima RM10000

bestjomjalan

Ayuh jom ke Tasik Kenyir Terengganu...jika anda inginkan RM 10000 ..
Seminggu Dua ni semua orang sekitar Hulu Terengganu bercakap tentang kemunculan ikan naga atau nama saintifiknya Arapaima gigas di Tasik Kenyir..Ikan yang berasal dari Lembah Amazon ini dikatakan kerap muncul di Tasik Kenyir.Apa yang menarik tentang ikan ni ? Ikan ni mempunyai tarikan unik dengan saiznya mampu menyamai panjang sebuah kereta Perodua Kancil.Malah boleh mencecah berat antara 50 sehingga 100 kilogram seekor dan panjangnya sehingga 4.5 meter.Apa yang lebih menarik ini berita baik buat kaki pancing..Menteri Besar, Datuk Ahmad Said menawarkan RM10,000 kepada sesiapa yang berjaya menangkap ikan naga di Tasik Kenyir.Beliau berkata, tawaran itu dibuat bagi mengelak spesies ikan kecil lain di tasik berkenaan pupus akibat di makan ikan naga tersebut.So buat kaki pancing tunggu apa lagi..mungkin tuah anda di Tasik Kenyir.Nak menginap di mana ? Tak susah bagi yang mementingkan keselesaan anda boleh menginap di Lake Kenyir. Kalau anda seorang kakitangan kerajaan, anda boleh menginap di Rumah Peranginan Persekutuan . Sekiranya anda ingin menginap di tengah pulau Tasik Kenyir..Petang Island Resort sentiasa menanti anda.Jom Gi Ganu Kite...

bestjomjalan

Tiada ulasan: