22 Mei 2009

Fly from Singapore To Kuala Terengganu(Bestjomjalan)

bestjomjalan

Good news for tourist from Singapore.

Industri pelancongan di Terengganu mampu berkembang dengan lebih pesat berikutan langkah syarikat penerbangan tambang murah, FireFly mengadakan penerbangan sehala dari Singapura ke Kuala Terengganu yang dijadualkan bermula Jun depan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said berkata, ia merupakan satu perkembangan positif dalam menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu apatah lagi beliau turut difahamkan sebuah lagi syarikat penerbangan dari Singapura iaitu, Tiger Airways akan turut ‘datang’ ke Terengganu tidak lama lagi.

Menurutnya, penerbangan dari Singapura ke Kuala Terengganu menerusi penerbangan Tigerways belum diputuskan tetapi ia bakal dilaksanakan dan pelaksanaannya nanti pasti mampu menambahkan jumlah kemasukan pelancong ke Terengganu di samping promosi pelancongan yang diadakan.

“Kalau tiada sebarang masalah, syarikat FireFly dari Singapura akan mengadakan penerbangan bulan depan dengan tiga pener-bangan seminggu. Jumlah dijang-ka bertambah bergantung kepada permintaan.

“Selain FireFly dan Tiger Airways yang mengadakan penerbangan secara terus dari Singapura ke Kuala Terengganu, saya juga akan ke China untuk mengadakan rundingan dengan syarikat penerbangan di sana iaitu China Airlines. Bagaimana-pun, buat masa seka-rang, saya tidak dapat memastikan tarikh yang sesuai untuk ke sana kerana tiada kesempatan masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-pada pemberita sempena program Lawatan Menteri Besar Tereng-ganu ke Tasik Kenyir, di sini, kel-marin yang turut dihadiri Penge-rusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Datuk Za’abar Mohd Adib.

Terdahulu, Ahmad mengada-kan lawatan tapak pembinaan projek di bawah Kenyir Island Hoping seperti taman burung dan taman orkid selain berkunjung ke santuari kelah di Sungai Leban, Tanjung Mentong dan Gua Bewah.

Tambahnya, penerbangan itu adalah inisiatif yang dilaksanakan kerajaan negeri bagi memajukan bidang pelancongan di Terengganu selain memberi nilai tambah di lokasi pelancongan.

Sumber : Sinar Harian Edisi Terengganu.
Akhbar Paling Popular di Terengganu.


bestjomjalan

Tiada ulasan: