jomjalan2
Hari ni jomjalan2 ingin berkongsi dengan anda tentang Fenomena Kepala Air.Anda pernah mendengar berita individu lemas ketika mandi di kawasan air terjun... hutan lipur..atau dikenali dengan nama Lata..di sebelah Utara.Tahukah anda apa tu...Kepala Air...Ia bermaksud aliran air yang mengalir dalam kuantiti yang besar dari hulu sungai atau air terjun. Bagaimana ia boleh berlaku...Ia berpunca dari hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.Aliran air ini sangat besar dan deras.membawa segala macam batu dan kayu ....ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.So bagi anda yang sedang mandi di kawasan air terjun ketika itu nyawa anda bagaii telur dihujung tanduk.. peluang anda untuk hidup amat tipis...kecuali dengan kuasa-Nya....oleh itu sentiasa beringat ketika mandi bersama keluarga di kawasan Air Terjun.
Petua mengenali Fenomena Kepala Air :
1....Jangan mandi selepas berlakunya hujan di kawasan Air Terjun tersebut.
2......Lihat langit menghala ke hulu sungai,sekiranya awan mendung dan gelap.itu petanda hujan berlaku di hulu sungai atau puncak air terjun.nasihat jomjalan2...batalkan niat anda untuk mandi di situ pada hari tu.
3. . ketika anda menjejakkan kaki di dalam air...anda terlihat kelodak pasir halus dan daun pokok yang mati mengalir dengan kuantiti yang banyak dan laju...itu menandakan Kepala Air darii hulu sungai sedang menuju ke arah anda.Jadi cepat2 selamatkan diri anda...naik ke darat.
4. Siren amaran akan berbunyi...menunjukkan berlakunya Fenomena Kepala Air...jadi cepat2 selamatkan diri dan keluarga anda...
Jadi kepada anda yang berkunjung ke Hutan Lipur Sekayu...jangan bimbang...ia telah dilengkapi dengan siren amaran berlakunya Fenomena Kepala Air...yang penting....patuhi peraturan...dan jaga keselamatan diri...Hargai dan sayangi nyawa anda...
jomjalan2...ke Hutan Lipur Sekayu...Terengganu
1 ulasan:
salam mintak share petua ye.
nnt sy credit.
tengs.
Catat Ulasan