25 April 2009

Candat Sotong

jomjalan2

Sekarang ni waktu yang cukup sesuai untuk kaki candat sotong(Tangkap atau pancing) mencandat sotong di Persisiran Pantai Terengganu.Orang Terengganu kata sekarang ni musim teduh..ombak tenang setenang air di tasik...bergantung kepada ramalan cuaca la...tapi apa-apa pun musim
tengkujuh telah tamat..so kepada kaki candat sotong datanglah beramai-ramai ke Terengganu Darul Iman.Untuk pengetahuan semua Kerajaan Negeri ada menganjurkan Fiesta Candat sotong 2009.

Tarikh : 8-10 Mei 2009

Tempat : Pantai Kelulut, Marang , Terengganu

Penganjur : Kerajaan Negeri Terengganu

Kalau anda nak maklumat lanjut

Hubungi No Tel ni : 09-6231553 Atau No Faks : 09-6221957

jomjalan2 cuma kongsi maklumat sahaja.kalau anda nak keterangan lanjut sila hubungi No telefon tersebut.

Penginapan ?

Banyak chalet sederhana dan murah sekitar Pantai Kelulut.Antaranya Semarak Ayuni Inn, Rhu Muda Beach Chalet , MarangVillage Resort & Spa dan lain-lain.Kalau penginapan di situ penuh anda boleh menginap di Hotel Seri Malaysia Bandar Marang.


Kepada kaki pancing ...ada satu tempat yang anda tak perlu naik bot untuk mencandat...cuma pasang joran anda di tepi pantai...kalau ada rezeki ..pasti anda bawa pulang paling kurang 3 kg Sotong Ngabang...lokasinya Pantai Batu pelanduk ...sekitar Rantau Abang dan Tanjung Jara,Dungun....kepada yang suka membawa keluarga inilah pantai yang putih bersih seperti berada di sebuah pulau.







jomjalan2


Tiada ulasan: