11 November 2018

Warung Telur Power Dungun


Kalau anda singgah di Dungun, jangan lupa pekena telur Power di Gerai Pok Din Telur Power.Memang power giler. ramai yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak rasa telur power, kopi power, dan teh tarik power. Uniknya lempeng pun ada dijual di sini selain dari makanan tradisional Terengganu.Lokasi ? Tepi jalan Gong Pasir - Balai Besar Dungun  sebelah kedai hardware Pau Lian,
 Jln Balai Besar Dungun, Terengganu

sila klik https://goo.gl/maps/m9vfg9bLho22 untuk dapatkan lokasi kedai.

09 November 2018

Lemang Kijal

Kalau anda berkunjung ke Terengganu jangan lupa membeli lemang di gerai menjual lemang yang terletak di tepi jalan sepanjang Jalan Kijal- Kemaman.Tapi yang bestnya ada sebuah gerai  di Jalan lama Kijal -Teluk Kalong yang memiliki rasa lemang yang cukup enak.Tak susah untuk mencari gerai tersebut kerana ia merupakan  gerai tunggal yang masih menjual lemang di Jalan Lama Kijal - Teluk Kalong.Jom cuba keenakan lemang di gerai tersebut.

11 September 2018

Tempat Makan Best D' Arianna Dungun

Jom jalan2. Anda singgah di Dungun. Tercari-cari kedai untuk makan tengah hari.  Nak makan di mana? Jom makan tengah hari D'arianna. Pelbagai jenis lauk pauk pembuka selera anda. Lokasinya yang strategik. di tepi pantai , Jalan pantai. Sila klik  ARIANNA untuk dapatkan lokasi kedai. Sambil makan2 kita boleh nikmati pemandangan Laut China Selatan. Jom makan2.