01 November 2011

Cuti

Musim cuti dah tiba.Anda nak bercuti di mana?.Di sini aku nak kongsi sedikit tip bercuti di Pulau Langkawi:

Pengangkutan – buat pilihan terbaik.Kalau anda dari KL lebih baik naik flight.Air Asia lah yang terbaik.sebab tambang murah.Kalau anda naik kereta sendiri anda perlu fikirkan kos ,minyak,tol ,sewa parking ,tambang bot dan lain-lain.Tapi kalau anda dari Perak lebih baik naik kenderaan sendiri.Nak kereta sewa?.Tak susahpun.Kat Airport langkawi ada syarikat kereta sewa yang menawarkan kereta sewa dengan harga berpatutan.Tapi sendiri mau ingatlah.Berhati-hati ketika proses tawar-menawar.Kadang-kala ada yang terkena.Mahal gila terutama musim cuti sekolah.Jadi pandai-pandai la pilih.

Penginapan –  Banyak tempat penginapan .Bergantung kepada budget dan keselesaan anda.Jom semak senarai rating penginapan di TRIVAGO atau cuba survey penginapan di TRAVELOKA .

Makan di mana ? – Tempat paling best.Kedai makan Jom Ikan Bakar.Lokasi ? Di Padang Mat Sirat.Berhampiran Beras terbakar. Tapi pastikan anda pergi sebelah siang sahaja sebab kedai ni dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 5.30 petang saja. Anda juga boleh survey di saji.my untuk 10 tempat makan terbaik.

Beli-belah @ shopping ?

Banyak kedai yang menawarkan barangan yang menjadi idaman anda.Paling top ialah Idaman Suri dan Haji Ismail Group.Banyak produk terbaru yang dijual kat sini.Terutama buat kaum hawa@wanita.Tambah koleksi pinggan -mangkuk yang dah sarat dalam almari kat rumah.Buat peminat coklat,anda boleh pilih pelbagai jenis coklat.Cuma ingat sikit , pastikan coklat yang kita beli tu ada logo halal.Kalau tak bak kata Nabil Lu Pikir La Sendiri.

23 September 2011

Jom Makan Lemang


Jom jalan2 mengajak anda singgah di gerai menjual lemang , Jalan Lama Kijal.Sekiranya anda ingin merasai keenakan lemang kijal , jangan lupa singgah di sini.Lokasinya tak susah untuk ditemui. Gerai ini satu-satunya gerai yang masih menjual lemang di Jalan Lama Kijal -Teluk Kalong. Kini gerai ini diusahakan oleh anak beliau.  

Jom Makan Yong Tau Fu


Sekiranya anda singgah di Jeti Pulau Kapas, jangan lupa jom makan Yong Tau Fu Kak Ila dari Utara...di Pasar Malam Bandar Marang setiap hari Isnin.Rasanya sedap dan harganya amat berpatutan.Jom cuba kalau tak percaya.