16 September 2011

Jom Ngail Sotong Ngabang

Pagi tadi dalam pukul 9.30 kawan baik aku  ngail(memancing) sotong Ngabang dekat Teluk Bidara Seberang Pintasan, Dungun.Tak sangka pulak rezeki dia.Dapat 20 ekor lebih.Kepada anda kaki ngail jom cuba gewang(memancing) sotong.Tak susah.Duduk tepi pantai aje. Guna umpan tiruan.Kalau dah rezeki banyak juga yang dapat.Lokasi  berhampiran Tanjung Jara Resort.

Kalau anda nak tahu info tentang sotong sila ke sotonglaut.blogspot

12 Ogos 2011

Nonie Homestay

Perkara pertama yang terlintas dalam benak fikiran anda sebaik sahaja menjejakkan kaki di Kuala Terengganu..Menginap di mana ?Bestjomjalan mencadangkan anda menginap di Nonie Homestay yang terletak hanya 8km dari pasar kedai payang.. 3km dari airport.. 9km dari masjid kristal.. 15km dari masjid terapung.. 8km dari muzium negeri terengganu... 8km dari Universiti Malaysia Terengganu dan Unizar.Sila ke blog Nonie Homestay DI SINI.

19 Mei 2011

Lokasi Mengail Sotong Mengabang

Mungkin anda yang tidak biasa dengan kawasan pantai Terengganu , kedengaran pelik apabila disebut mengail sotong.Kebiasaannya kita biasa melihat,mendengar nelayan mencandat sotong di tengah laut atau berhampiran Pulau Kapas.Untuk kaki pancing ,biasanya apabila tiba musim candat sotong , anda boleh mencuba nasib dengan mengail Sotong Mengabang sekitar Pantai Kuala Abang , berhampiran Batu Pelanduk atau berhampiran Tanjung Jara Resort , Seberang Pintasan.Lokasinya mudah dijumpai ,Pantai Kuala Abang terletak berhampiran jalan utama Dungun ke Kuala Terengganu.