06 Disember 2010

Sungai Bangan


Kejernihan  sungai ini pasti memikat pengunjung yang berkunjung ke sini.Lokasinya terletak di pertengahan jalan dari Jongok Batu ke Pasir Raja.Kenderaan anda boleh sampai ke sini tetapi keadaan jalan agak curam sedikit.Jadi berhati-hati dan selamat menikmati kejernihan Sungai Bangan sambil merehatkan minda anda.

Kuih Tradisional Terengganu

Sumber Foto : Terengganubereh.blogspot,.com



Sejenis kuih yang patut anda rasa sekiranya berkunjung ke Terengganu.Kuih ini banyak dijual di Pasar Payang, Pasar Chabang Tiga Kuala Terengganu dan sekitar pasar basah di Kuala Terengganu.Maklumat lanjut pasal kuih ni ,anda boleh singgah di blog Terengganubereh.

Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu

Pemandangan indah di tebing Sungai Terengganu

Kalau sampai ke Kuala Terengganu, nak menginap di mana.Dalam bandar ? tepi sungai ? dekat dengan Pasar Payang ? tepi Kampung Cina (Little China Town) menghadap Pulau Duyung ,menikmati pemandangan indah Sungai Terengganu ?Kenapa tak menginap saja di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu atau  Hotel Felda Residence.Lokasi yang cukup strategik untuk anda menikmati suasana malam di Kuala Terengganu.
 
Pasar Payang Kuala Terengganu