24 November 2010

Tip Musim Tengkujuh

Bermula hujung November hingga Disember musim tengkujuh mula melanda Pantai Timur Semenanjung.Berikut beberapa tip ketika anda berkunjung ke Pantai sekitar Terengganu , Kelantan dan Pahang.Antaranya :



  1. Patuhi papan tanda amaran dilarang berenang yang diletakkan di tepi pantai.Berkemungkinan kawasan tersebut terlalu dalam dan tidak sesuai untuk berenang.
  2. Jangan terlalu hampir dengan gigi air pada musim tengkujuh  terutama pada waktu petang ,dikhuatiri sekiranya berlaku ombak besar pengunjung tidak sempat naik ke darat. 
 Terengganu menjanjikan   seribu kenangan dan percutian yang mengasyikkan anda sekeluarga.Terengganu negeri cantik , budaya menarik.Selamat datang ke Terengganu.
 

21 November 2010

Pasar Borong Wakaf Che Yeh

Anda ingin membeli -belah pelbagai jenis barang di waktu malam hingga ke dinihari dengan harga murah dan berpatutan ? Jangan lupa singgah di Pasar Wakaf Che Yeh ,Kota Bharu Kelantan.Lokasinya bersebelahan jalan utama Kota Bharu -Kuala Krai menjanjikan syurga membeli-belah yang pasti mengingatkan anda tentang pelbagai barangan yang boleh dibeli di sini.Kalau anda penat dan ingin menginap di sekitar Pasar Borong Wakaf Che Yeh , menginaplah di Ombak Inn, hotel yang selesa dan murah harganya.Kalau anda kehabisan wang poket serta ingin mengeluarkan wang simpanan ,CIMB bank terletak bersebelahan Pasar Borong Wakaf Che Yeh.

02 Oktober 2010

Tasik Kenyir pulau bebas cukai


KUALA TERENGGANU 17 Mei - Tasik Kenyir yang memiliki kira-kira 340 buah pulau bakal berubah wajah dan mampu menarik lebih ramai pelancong apabila bakal diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, pengisytiharan itu dijangka dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan bajet negara pada Jun atau Julai ini.

''Kerajaan negeri sudah mengemukakan permintaan secara rasmi kepada Perdana Menteri berhubung perkara tersebut untuk tindakan lanjut,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada majlis Bicara Intelektual Terengganu Negeri Anjung Ilmu di Dewan Besar Darul Iman di sini hari ini.

Hadir sama ialah Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr. Nordin Kardi yang menjayakan segmen Bicara Intelektual.

Ahmad memberitahu, sejurus pengisytiharan itu dibuat, kerajaan negeri akan mengambil masa setahun untuk melaksana dan menyiapkan pembangunan pelbagai infrastruktur selain premis perniagaan di pulau tersebut.

Jelasnya, pembangunan yang bakal dilaksanakan di pulau berkenaan akan menelan kos kira-kira RM100 juta yang diperoleh daripada peruntukan Kerajaan Pusat manakala RM26 juta lagi daripada kerajaan negeri.

Menurut beliau, permintaan agar Kerajaan Pusat mengisytiharkan Tasik Kenyir sebagai pulau bebas cukai merupakan timbal balas terhadap peranan Empangan Tasik Kenyir membekalkan tenaga elektrik kepada negara.

Katanya, tasik berkenaan berupaya menarik lebih ramai pelancong selain menyemarakkan lagi pelbagai tarikan menarik di situ dengan penganjuran aktiviti memancing dan sebagainya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau berkata, kerajaan negeri akan menggandakan usaha untuk membangunkan bidang pendidikan di negeri ini sekali gus menjadikannya negeri Anjung Ilmu.

Beliau turut membuat tawaran kepada UUM untuk membuka kampus cawangan di Tasik Kenyir.

Sumber : ARKIB : 18/05/2010 Utusan Malaysia Online