30 Julai 2010

Gunung Tebu ( Sugar Cane Mountain)

Fakta yang perlu anda tahu:

Ketinggian : 1039 meter @ 3408 kaki.
Lokasi : Hutan Lipur Lata Belatan ,Jertih Besut, Terengganu

Untuk melihat peta Gunung Tebu.Sila Klik SINI

Maklumat lanjut , sila hubungi :

Pegawai Hutan Daerah,
Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan,
23000 Dungun Terengganu.

Tel : 09-8441404


Pasar Besar Siti Khadijah


Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.

Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga .
Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya.

Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.

18 Julai 2010

Tasik Puteri Bukit Besi

Sebuah tasik tinggalan zaman emas perlombongan bijih besi.


Nikmati suasana santai di sini sambil memancing Toman, satu-satunya spesies yang boleh tinggal di sini kerana airnya yang kaya dengan sulfur.