24 Mei 2010

Pasir Salak - Perak

Artikel ini aku petik dari Kosmo Online.
Mengenang kisah Pasir Salak
DIORAMA yang memaparkan peristiwa penting dan bersejarah di Tanah Melayu menjadi tarikan pengunjung ke Pasir Salak.


NEGERI Perak sememangnya terkenal dengan pelbagai tarikan pelancongan yang mempunyai keunikan tersendiri. Antaranya kesan-kesan peninggalan sejarah, keindahan pantai dan pulau, keaslian flora dan fauna, semuanya ada di negeri itu.
Tidak hairanlah, negeri yang pernah menjadi pengeluar bijih timah terbesar di dunia suatu ketika dahulu itu cukup popular di kalangan para pelancong yang mahu mengabadikan kenangan indah mereka.
Bagaimanapun, salah satu lokasi wajib dilawati sebaik menjejakkan kaki ke negeri itu ialah Pasir Salak. Pasir Salak mencipta salah satu sejarah penting dalam perjuangan orang Melayu dalam menuntut kemerdekaan negara.
Di Pasir Salak, orang Melayu yang diketuai oleh Datuk Sagor dan Datuk Maharajalela tercatat peristiwa menentang penjajahan Inggeris yang mahu menguasai kekayaan dan sumber negeri itu.
Sungai Perak yang mengalir berhampiran Pasir Salak menyaksikan pembunuhan Residen Pertama British di Perak, J.W.W. Birch pada 2 November 1875. Peristiwa itu membuka mata orang Melayu untuk bangkit dan menentang penjajah sehinggalah mencapai kemerdekaan pada 1957.

MERIAM tembaga Lela Retaka digunakan oleh pejuang Melayu untuk menentang penjajah Inggeris.


Terletak kira-kira 80 kilometer (km) dari bandar raya Ipoh, pengunjung yang datang ke Pasir Salak boleh melihat pelbagai kesan peninggalan sejarah apabila melawat Kompleks Sejarah Pasir Salak.
Sebaik menjejakkan kaki ke pekarangan kompleks itu, pengunjung disambut dengan tugu berbentuk sundang iaitu replika pisau yang digunakan untuk membunuh J.W.W. Birch.
Berbeza daripada muzium-muzium lain yang memaparkan artifak sejarah, bahan pameran di Terowong Sejarah adalah berdasarkan bentuk catatan. Terdapat 42 diorama iaitu binaan kecil sesebuah set yang memaparkan pelbagai peristiwa penting yang dilakukan oleh pejuang dan nasionalis Melayu secara terperinci. Ia bermula dari abad ke-14 sehingga ke-19.
Bahagian pertama diorama itu memaparkan penempatan awal yang wujud di Perak iaitu di Kuala Selinsing sejak 200 tahun Sebelum Masihi. Ia kemudiannya diikuti dengan sejarah kemunculan tiga pahlawan iaitu Nila Pahlawan, Sang Nila dan Krishna Pandita di Bukit Siguntang yang kemudian menjadi raja di Temasik (sekarang Singapura) yang menjadi asas kepada Kerajaan Perak dan Melaka.
Generasi muda
Seterusnya ia menjelaskan peristiwa Malaysia ditawan oleh Portugis pada tahun 1411, Belanda pada tahun 1641 dan kemudian oleh Inggeris pada tahun 1814, Jepun semasa Perang Dunia Kedua dan zaman pemerintahan Inggeris selepas perang. Terdapat banyak catatan perjuangan yang dipamerkan sehingga negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Melihat kronologi sejarah yang dipaparkan, pengunjung seolah-olah melangkah ke zaman silam. Apa yang pasti, ia memberi pendedahan kepada generasi muda hari ini untuk menghargai perjuangan nenek moyang mereka satu ketika dahulu.

RUMAH Kutai yang bercirikan rumah tradisional Perak.


Di samping itu, pengunjung boleh melawat Galeri Sejarah Kompleks Pasir Salak. Bangunan dua tingkat itu dibina dengan reka bentuk bercirikan rumah Melayu Perak Bumbung Lima.
Galeri itu memuatkan balai-balai yang mempamerkan riwayat hidup menteri-menteri besar negeri Perak yang telah banyak menyumbang jasa bakti di negeri itu.
Pengunjung boleh melawat dua rumah Rumah Kutai yang bercirikan rumah tradisional Perak. Di situ pengunjung boleh melihat pelbagai artifak dan budaya tempatan seperti senjata lama, perabot, barangan tembaga, pakaian dan kostum tradisional, manuskrip dan muzik tradisional.
Bagi menghayati perjuangan di Pasir Salak, terdapat monumen dan makam J.W.W. Birch serta lokasi tempat beliau dibunuh. Pengunjung juga boleh melihat meriam tembaga Lela Retaka yang digunakan untuk menentang penjajah Inggeris.
Salah satu tarikan yang ada di kompleks itu ialah replika Jam Suria yang merupakan konsep jam terawal di dunia. Ia digunakan oleh masyarakat dahulukala untuk menentukan waktu.
Di samping itu Galeri Sejarah Kompleks Sejarah Pasir Salak merupakan sebuah bangunan dua tingkat yang dibina dengan reka bentuk bercirikan rumah Melayu Perak Bumbung Lima.
Bagi pengunjung yang mahu bermalam di sekitar kompleks itu, bolehlah menginap di Pasir Salak Resort. Resort itu menawarkan 50 calet bilik jenis deluxe dan VIP pada harga di antara RM104 hingga RM210 semalam.
MAKAM Si Puntum yang dikaitkan dengan pembunuhan J.W.W Birch.


Dari ruang balkoninya, pengunjung berpeluang melihat keindahan Sungai Perak di samping menyaksikan matahari matahari terbit dan terbenam.
Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan seperti penghawa dingin, peti sejuk mini, telefon IDD dan TV warna.
Bagi mereka yang masih tercari-cari destinasi percutian yang berbeza daripada biasa, maka Kompleks Sejarah Pasir Salak adalah jawapannya. - AMMAR JAZLAN MAD LELA

21 Mei 2010

Taman Negara Malaysia

Anda ingin berkunjung ke Taman Negara. Layari laman web www.taman-negara.com atau malaysiaforestresort

 Foto:malaysiaforest.forest

Taman Negara Malaysia dibuka pada 1938/1939 sebagai Taman Negara King George V. Ia kemudian dinamakan sebagai Taman Negara selepas kemerdekaan. Keluasan kawasan Taman Negara ialah 4,343 km².

Taman Negara terletak di antara sempadan 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri. Enakmen Taman Negara (Pahang) No.2 pada 1939 dibuat untuk Pahang, Enakmen Taman Negara (Kelantan) No.14 pada 1938 untuk Kelantan, dan Enakmen Taman Negara (Terengganu) No.6 pada 1939 untuk Pahang. Semua enakmen memiliki persamaan kandungan.
Taman Negara Pahang merupakan yang terbesar dengan keluasan 2,477 km², diikuti oleh Taman Negara Kelantan seluas 1,043 km², dan Taman Negara Terengganu seluas 853 km².

Taman ini menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini. Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapohharimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan. sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti
Daya tarikan lain boleh ditemui di Kuala Tahan (tempat utama Taman Negara di Pahang) termasuk laluan kanopi, Gua Telinga, dan Lata Berkoh. Pengunjung dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika, kicauan burung, ataupun merentas hutan (contoh: Tenor Rintis) dan pemandangan sungai ketika melalui Sungai Tahan.

Semua pengunjung mesti mendapatkan kebenaran/permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sebelum menjejakkan kaki ke Taman Negara. Terdapat banyak hostel dan hotel di taman ini.

Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk aktiviti memancing dan sukan air.

Sumber : wikipedia.org

Cameron Highlands

Ramai pengguna internet yang mencari tempat penginapan di Cameron Highlands.Jadi aku senaraikan laman web yang menawarkan hotel atau resort yang sesuai untuk anda sekeluarga.Antaranya.

1. CameronHighlands.com ( Sila Klik)

Apa-apa pun harap anda gembira semasa percutian tersebut.Bagi penduduk Terengganu anda boleh gunakan laluan Kenyir-Gua Musang-Cameron Highlands.Selamat bercuti.