20 Julai 2009

Pesta Pantai Terengganu



bestjomjalan

Pesta Pantai Terengganu yang dihentikan sejak 15 Tahun lalu akan dihidupkan kembali oleh Kerajaan Negeri Terengganu bermula 31 Julai hingga 15 Ogos 2009
di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai dekat sini.Apa tu Pesta Pantai ? Untuk pengetahuan anda Pesta ini bukan sahaja tertumpu kepada hiburan berbentuk karnival malah turut menonjolkan kepelbagaian aktiviti termasuk persembahan kesenian.

Pantai festival Terengganu halted since 15 Tahun goes will be started back by Terengganu State Government started 31 July to 15 August 2009 in Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai near here.
What that Coast Festival ?
For your knowledge this Pesta does not only focus to shaped entertainment carnival in fact also show diversity of activity including arts performance



Asal-usul Pesta Pantai ?
Pada masa lampau, ia merupakan perhimpunan keluarga petani-petani pada setiap tahun di tepi pantai untuk melepaskan penat lelah selepas menuai padi
.


Apa kaitan Pesta Pantai Masa Kini ?
Untuk pengetahuan anda pesta ini merupakan produk pelancongan terbaru Negeri Terengganu.Ia bukan sahaja tertumpu kepada hiburan berbentuk karnival malah turut menonjolkan kepelbagaian aktiviti termasuk persembahan kesenian,pameran dan ekspo jualan, klinik kuda, menunggang kuda dan menaiki kereta kuda, sukan air di tasik seperti kayak dan lain-lain.

Nak Menginap di mana? Banyak hotel atau chalet yang anda boleh menginap di sini antaranya Ibai Ria Apartmen ,Homestay Kuala Ibai , Qurata Riverside Resort , lokasinya di tepi Sungai Ibai berhampiaran TER Kuala Ibai. Jangan lepaskan peluang menyaksikan Pesta Unik ini. bestjomjalan.

Arapaima Gigas -Tasik Kenyir

bestjomjalan

Betulkah Arapaima Gigas menghuni Tasik Kenyir ?



bestjomjalan

15 Julai 2009

Penyu Ma-Daerah


bestjomjalan

Sekiranya anda ingin melihat penyu mendarat dengan lebih dekat ,kini adalah sesuatu yang cukup sukar berikutan jumlah haiwan itu yang kini semakin diancam kepupusan.

Banyak faktor menyumbang kepada `keengganan' penyu untuk terus mendarat antaranya sikap manusia yang mencemari pantai, pembangunan pantai dan pulau yang tidak terancang serta perbuatan tangan manusia yang rakus terutama menjadikan telur penyu sebagai makanan eksotik hingga menyebabkan usaha memulihara haiwan itu menjadi sia-sia.

Tetapi walau apa pun alasannya, usaha untuk memastikan penyu terus hidup dan menjadi antara daya penarik di Terengganu khususnya dan Malaysia amnya perlu diteruskan bagi memastikan ia terus kekal dan dikenali generasi akan datang serta tidak menjadi bahan sejarah.

Bagi memastikan kesinambungan hidupan prasejarah itu berterusan, kerajaan melalui Jabatan Perikanan sudah mewujudkan beberapa kawasan untuk dijadikan santuari penyu bagi memastikan ia terus dipulihara dan tidak terus diancam kepupusan.

Pelbagai usaha dijalankan termasuklah melalui program gotong royong kawasan pantai berhampiran santuari bagi mewujudkan persekitaran yang selesa kepada penyu untuk terus mendarat dan bertelur di kawasan yang sudah digazetkan sebagai santuari.

Di Pusat Santuari Penyu Ma'Daerah misalnya, aktiviti gotong royong membersihkan kawasan pantai adalah satu antara cara yang digunakan untuk mendekatkan masyarakat dalam memupuk kesedaran memulihara dan memelihara persekitaran pantai yang memang menjadi lokasi penyu dari spesies Karah mendarat.Jom ke ma-Daerah ,kerteh Kemaman.