07 April 2009

Lubuk Udang Galah


jomjalan2


Hari ni jomjalan2 nak kongsi topik dengan kaki pancing...Kalau anda suka memancing udang galah...ada satu lubuk yang harus anda terokai..Anda pernah dengar Kampung Delong...bagi penduduk setempat...sebut saja Kg Delong sudah pasti terbayangkan udang galah yang cukup enak dimakan...



Lokasi:

Kampung Delong terletak di..Pertengahan jalan Dungun ke Bukit Besi

Bagaimana nak Ke sana

Anda tak perlu risau ..kenderaan anda boleh menghampiri ke tebing sungai...
jomjalan2



02 April 2009

Fenomena Kepala Air di Sekayu



jomjalan2




Hari ni jomjalan2 ingin berkongsi dengan anda tentang Fenomena Kepala Air.Anda pernah mendengar berita individu lemas ketika mandi di kawasan air terjun... hutan lipur..atau dikenali dengan nama Lata..di sebelah Utara.Tahukah anda apa tu...Kepala Air...Ia bermaksud aliran air yang mengalir dalam kuantiti yang besar dari hulu sungai atau air terjun. Bagaimana ia boleh berlaku...Ia berpunca dari hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.Aliran air ini sangat besar dan deras.membawa segala macam batu dan kayu ....ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.So bagi anda yang sedang mandi di kawasan air terjun ketika itu nyawa anda bagaii telur dihujung tanduk.. peluang anda untuk hidup amat tipis...kecuali dengan kuasa-Nya....oleh itu sentiasa beringat ketika mandi bersama keluarga di kawasan Air Terjun.



Petua mengenali Fenomena Kepala Air :

1....Jangan mandi selepas berlakunya hujan di kawasan Air Terjun tersebut.

2......Lihat langit menghala ke hulu sungai,sekiranya awan mendung dan gelap.itu petanda hujan berlaku di hulu sungai atau puncak air terjun.nasihat jomjalan2...batalkan niat anda untuk mandi di situ pada hari tu.

3. . ketika anda menjejakkan kaki di dalam air...anda terlihat kelodak pasir halus dan daun pokok yang mati mengalir dengan kuantiti yang banyak dan laju...itu menandakan Kepala Air darii hulu sungai sedang menuju ke arah anda.Jadi cepat2 selamatkan diri anda...naik ke darat.

4. Siren amaran akan berbunyi...menunjukkan berlakunya Fenomena Kepala Air...jadi cepat2 selamatkan diri dan keluarga anda...

Jadi kepada anda yang berkunjung ke Hutan Lipur Sekayu...jangan bimbang...ia telah dilengkapi dengan siren amaran berlakunya Fenomena Kepala Air...yang penting....patuhi peraturan...dan jaga keselamatan diri...Hargai dan sayangi nyawa anda...

jomjalan2...ke Hutan Lipur Sekayu...Terengganu






01 April 2009

Tuntung Kampung Delong Dungun


Jomjalan2

Anda pernah melihat Tuntung...turtle..river terappin...atau Tuntung Sungai ...nama saintifiknya..Batagur Baska..jomjalan2 ke Kampung Delong...sebuah kampung tradisional dalam Daerah Dungun...Di sini letaknya Pusat Santuari Tuntung yang telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu di bawah kepimpinan Bekas Menteri Besar Terengganu..Datuk Seri Idris Bin Jusoh. Pasir sungainya yang halus ,putih dan bersih menjadi syurga tuntung bertelur di sini.

Lokasi

Pertengahan jalan Dungun -Bukit Besi

Bagaimana nak ke sana?

Bagi yang berkenderaan sendiri tiada masalah...sekiranya anda menaiki teksi..dapatkan teksi di Bandar Dungun...cuma RM 10.00 bagi sewa sebuah teksi.

Bayaran masuk ?

Semuanya percuma...kalau yang suka berkhemah pastikan anda bermalam di sini....